Thursday 17 May 2012

BUKU TEKS DIGITAL






Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang memperkenalkan penggunaan buku teks digital bagi menggantikan buku manual dalam usaha memudahkan proses pembelajaran selain mengurangkan kos penyediaan pendidikan percuma yang ditanggung oleh kerajaan ketika ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata langkah itu akan dipertimbangkan apabila semua sekolah di seluruh negara telah memiliki kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencukupi untuk menggunakannya. namun, buat masa ini penggunaan buku teks manual masih relevan kerana ada sekolah yang mengalami masalah infrastruktur termasuk tiada bekalan elektrik dan kemudahan komputer. Beliau berhasrat memanfaatkan perkembangan pesat teknologi pendidikan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk penggunaan buku teks digital. Melalui teknologi ini, pelajar tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. iPad misalnya, sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia.


Baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti kelas seni bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini menyebabkan kehidupan persekolahan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke sekolah. Pda masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet. Komputer tablet berbentuk kepingan kaca mudah dimasukkan ke dalam beg. Ia juga mampu menyimpan ribuan buku teks yang membuatkan pelajar tidak lagi perlu menyandang beg sekolah yang berat dengan buku, pen dan buku cacatan. Tidak keterlaluan menggelarkan iPad sebagai peranti magik kerana mempunyai keupayaan melayari internet, menghantar dan membaca emel, melihat foto, video, mendengar lagu membaca e-book, bermain permainan dan pelbagai lagi. Murdoch dalam ucapannya pada Persidangan Usahawan Internet dan Pembuat Dasar Eropah di Paris bulan lalu memberitahu, kumpulan News Corp miliknya akan memasuki pasaran teknologi pendidikan. Beliau mengganbarkan pendidikan sebagai sesuatu yang terakhir bartahan daripada revolusi digital dan visi yang memperibadikan pembelajaran dengan pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia kepada ribuan pelajar melalui internet.


Rene Yeo, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Sekolah Menengah Tampines, Singapura memberitahu beliau mengajar subjek Sains dengan menggunakan iPad. Para pelajarnya belajar mengenai pemfaktoran dengan hanya menggerakkan nombor-nombor di atas skrin. "Mereka juga membaca mengenai sel-sel haiwan dan melihat struktur otak menusia dengan mengklik pada bahagian- bahagian tertentu. Komputer tablet ini juga boleh menbuat struktur heliks ganda dua asid deoksiribonukleik (DNA) manusia yang nampak hidup," katanya. Dalam pada itu, iPad yang digunakan mengandungi aplikasi untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan matematik. Para pelajar juga boleh melakukan analisis sebab dan kesan dengan menggunakan iBrainstorm, mempersiapkan diri untuk peperiksaan lisan dan pidato dengan AudioNote serta belajar memetik gitar untuk pelajaran muzik di GarageBand.


Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks untuk sekolah dasar pada tahun 2015 nanti. Buku tebal dan membebankan pelajar akan berubah tidak lama lagi kerana pemerintak Korea Selatan berusaha untuk mengkonversikan buku teks (kertas) ke dalam versi digital pada tahun 2015. Buku teks tersebut boleh digunakan untuk belajar dengan perantaraan smartphone dan tablet PC. Semua pelajar sekolah dari segenap usia dapat menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget tersebut.




6 comments:

  1. Penggunaan buku teks secara digital merupakan satu teknologi yang canggih dalam bidang pendidikan. Kemajuan ini boleh membantu pelajar dan guru untuk mendalami bidang ICT secara mendalam. Di samping itu, turut memudahkan pelajar membawa buku-buku ke sekolah tanpa rasa beban yang berat.

    Nama: Siti NurFazila Binti Jusoh @ Yusof.
    Matrik : A133564

    ReplyDelete
  2. Penggunaan buku teks digital dalam pembelajaran merupakan kaedah yang terbaik untuk memudahkan pengajaran dan menjimatkan dari segi membuat buku teks menggunakan kertas.Tetapi penggunaan teknologi sudah semestinya mempunyai kelemahan tertentu. Para pengajar haruslah memantau dari segi penggunaan kemudahan ini kerana bimbang salah guna akan berlaku atas kemudahan yang disediakan.

    MOHAMAD FADZIL BIN ZAINOL ABIDIN
    A132574

    ReplyDelete
  3. Penggunaan buku teks digital merupakan salah satu tanda kemajuan dalam dunia pendidikan. Hal ini selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan pendidikan menggunakan ICT dan sebahagianya. Selain itu, penggunaan buku teks digital dapat meringankan beban pelajar kerana pelajar tidak lagi perlu memikul beberapa biji buku teks yang agak berat setiap hari untuk ke sekolah.

    Anis Hanani Bt. Zakri
    A133594

    ReplyDelete
  4. Penggunaan buku teks secara digital merupakan salah satu langkah yang serba sidikit dapat mengurangkan beban pelajar dan juga dapat mengurangkan perbelajaan kerajaan dalam bidang pendidikan. Namun begitu, usaha ini perlu dilihat dalam kedua-dua aspek iaitu kebaikan dan keburukan agar hal ini tidak memberi kesan negatif kepada para pelajar.

    Nor Syafiqah Binti Mhd Sabri
    A133338

    ReplyDelete
  5. Bagi saya, saya lebih gemar belajar menggunakan buku teks. Memang tidak dapat dinafikan penggunaan buku teks secara digital adalah satu idea yang bagus serta mendatangkan banyak manfaat. Ia juga dapat memudahkan kehidupan sebagai seorang pelajar. Namun, teknologi ini hanya akan menjadikan seorang pelajar itu menjadi malas. Walaubagaimanapun, apa yang saya cuba sampaikan di atas hanyalah pendapat saya semata-mata serta tidak berniat hendak memperlekehkan isu yang penulis sampaikan.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum.

    Saya bersetuju dengan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan penggunaan buku teks digital. Hal ini kerana buku teks digital ini sangat memudahkan pelajar untuk membawa buku teks setiap hari semasa proses pembelajaran. Walaupun begitu, pihak Kementerian Pelajaran hanya perlu mewujudkan buku teks digital yang khas untuk buku teks sahaja dan jangan memasukkan software-software lain yang membolehkan pelajar leka seperti games. Oleh itu, setiap pelajar tidak boleh mewujudkan lagi alasan-alasan yang menyatakan tidak atau terlupa untuk membawa buku teks ke sekolah lagi.

    Sekian..:)

    Nama: Siti Zaharah Binti Mohd Tumari
    Matrik: A132516

    ReplyDelete